Friday, 27 July 2012

BAS EKSPRESS TERSADAI DALAM HUTAN DIALIH MAKHLUK HALUS ?!!




Memang pelik tapi itulah kenyataanya, bagaimana sebuah bas tiba-tiba boleh terperangkap di dalam hutan? sampaikan kereta polis pun tidak dapat memasuki lokasi kejadian tersebut.

Jakarta: Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.



Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Tribunnews.com. – AGENSI

(22 Gambar Panas) Filem Pacar Hantu Perawan Seharusnya Disekat Dari Memasuki Malaysia!!!


Filem dari seberang, Pacar Hantu Perawan yang dibintangi oleh Dewi Persik (Depe), Vicky Vette dan Misa Campo, turut ditunggu2 oleh 'kaum adam' di Malaysia kerana banyak adegan "yummi" dan juga kontroversi seperti aksi mandi Depe dengan baju basah. Di bawah ini antara screenshot adegan2 panas dalam filem Pacar Hantu Perawan. Lagi 21 foto-foto hot Dewi Persik......





adegan Depe berenang dalam filem "Pacar Hantu Perawan"













adegan striptease dalam filem "Pacar Hantu Perawan"





Panas!!! 37 Foto Skandal Seks Artis Wanita Tersebar Di Internet!!!



Sungguh mengejutkan berita yang sudah beberapa lama berada dilaman blog yang boleh dikatakan 'Kerana Ingin Terkenal Tubuh Tergadai"

Kali ini, gambar lucah beberapa pelakon wanita Korea telah bocor ke tangan awam & sedang tersebar di internet. 

Sebanyak 37 keping gambar kesemuanya tersebar yang melibatkan selebriti A & B-list dari saluran 107G Korea. 

Salah seorang yang terlibat dalam skandal seks kali ini adalah Jang Ja-Yeon (gambar) yang mati bunuh diri pada usia 26 tahun sekitar Mac 2009.

Jang Ja-Yeon sempat meninggalkan beberapa nota menyatakan beliau di’paksa mengadakan hubungan seks hampir ratusan kali dengan orang dalaman industri hiburan Korea untuk peluang muncul di kaca televisyen. 

Menurut maklumat, hampir 60% aktress di Korea terpaksa menjalani ‘ujibakat khas’ ini dan aktiviti ini memang di’ketahui ramai dalam industri hiburan sana. 

via Diva Asia

VIDEO PENGAKUAN ADLIN AMAN RAMLI ARTIS BARISAN NASIONAL!!



NING BAIZURA: BERTUDUNG TAK PERLU MASUK PAS!


 Hanya kerana gambarnya mengenakan tudung tersiar di laman sosial Twitter miliknya, tidak semena-mena nama Ning Baizura Hamzah dikaitkan bakal menyertai parti pembangkang, PAS.

 Bukan saja hanya berpandukan gambar berkenaan, malah kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam sebuah akhbar sebelum ini seolaholah penyanyi terkenal itu memang berhasrat menyertai parti terbabit.

Kenyataan itu tentunya mengejutkan ramai pihak, termasuk Ning sendiri. Kecewa dengan pengumuman yang dianggap sebagai fitnah, Ning terpaksa bersuara di Twitter menafikan khabar itu.

 Bertemu si empunya diri pada majlis buka puasa dan pengagihan royalti oleh Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) di ibu kota, kelmarin, Ning berkata, meskipun luahan itu mendapat pelbagai reaksi negatif, dia terpaksa bertindak begitu kerana tidak mahu orang ramai keliru dengan pendirian politiknya. Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya. Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut. Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya.

 Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin memberikan penjelasan, saya menyokong pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ning yang hadir ditemani suami, Omar Dalton.

 Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung?

 Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
-generasi pejuang bangsa

ARTIS SEBERANGPUN PANDAI AJAR ANAK ERTI BERSYUKUR!!!



Alhamdulillah. Ada jugak artis yang nak ajar anak - anak diorang ni erti bersyukur yang sebenarnya. Bukan la macam sesetengah artis tu kan.

Baru je 'Berhijrah' dah tunjuk besar kepala dan menghukum orang lain sesuka hati. Diorang tak bersyukur lansung dengan hidayah yang diterima. 

Sebaliknya, diorang riak pulak tak tentu arah!!! Itulah masalahnya bila belajar agama dengan orang yang hanya tau memperalatkan Islam. Maka tak heran la kalau anak - anak murid pun Sesat sama!!!
JAKARTA: Isteri kepada Anang iaitu Ashanty menerapkan nilai-nilai murni kepada dua anak tirinya iaitu Aurel dan Azriel agar mereka membesar sebagai manusia yang kenal erti bersyukur.
Ashanty mengambil kesempatan keberkatan bulan Ramadan dengan membawa kedua-dua anak hasil perkongsian hidup antara Anang dan Krisdayanti itu menyertai kerja-kerja amal dan melawat rumah anak yatim.
"Melalui lawatan ini mereka akan sedar masih ada ramai kanak-kanak yang bernasib malang dan dengan ini mereka akan lebih bersyukur dan menghargai kehidupan," katanya seperti dipetik portal kapanlagi.com.
Pada lawatan penyanyi tersebut ke rumah anak-anak yatim itu, Ashanty dan anak-anaknya telah menghadiahkan buku cerita kepada kanak-kanak di rumah tersebut dengan harapan ia dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar di sekolah.
Sementara itu, Aurel menjelaskan akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini dan akan lebih bijak menilai tentang baik dan buruk sesuatu perkara.

BILA BLOGGER BERGADUH DENGAN ARTIS!!!



Ps: Ooppss!!! Ini bukan cerita pasal Si Minah Pening tu ye. Dah bosan dah cerita pasal Minah tu. Hakikatnya, dunia artis pun dah mula menyampah dengan dia.

Jadi, sewajarnya Semut ucapkan terima kasih diatas kenyataan yang Si Minah Pening tu keluarkan semalam. Hari ini, makin ramai artis yang mula meluat.

Tapi realitinya, memang itulah cara Parti Angguk Saja tu nak tarik orang untuk menyertai mereka. Bukan dengan kata - kata nasihat, tapi dengan maki hamun dan cacian. Jadi, macam mana orang nak tertarik kepada perjuangan mereka? Korang fikir la sendiri!!!
Blogger tempatan yang dikenali sebagai Hazrey yang kini hangat di tengah episod antara dirinya dan pelawak Mamat Sepah menganggap kenyataan pelawak itu sebagai kurang matang dan tiada asas.

Hazrey ketika dihubungi berkata sikap defensif pelawak itu tanpa sebarang justifikasi termasuk 'screen grab' apa yang didakwanya sudah cukup menceritakan hakikat sebenar yang berlaku di laman sosial twitter.

"Saya sebenarnya tergelak apabila membaca pelbagai kenyataannya yang sangat defensif dan berterusan mendakwa saya terlebih dahulu menghentam dan memaki lelaki itu. Adakah perkataan anda perlu lebih bertanggungjawab terhadap apa yang ditwit selepas dia menghentam seorang pengguna twitter lain bernama Izham Ismail, itu dianggap maki dan menghentam?

"Apabila dia mula bertindak agresif terhadap beberapa pengguna lain termasuk ingin mencederakan pengguna itu, saya anggap itu sangat keterlaluan, maka saya ada nasihatkan jangan bersikap samseng sebaliknya meminta maaf bagi meredakan keadaan," katanya.

Sebaliknya, menurut Hazrey, sebaik memberi nasihat itu, satu twit dihantar padanya oleh pelawak itu 'K###k la ko ni' dan itu, kata Hazrey menunjukkan tahap kematangan pelawak itu mengawal perasaan.

Katanya, beberapa pengguna twitter lain turut tersinggung dengan cara layanan pelawak itu yang tidak boleh menerima teguran tanpa provokasi.

"Mana ada provokasi. Contoh satu twit dari seorang pengguna wanita bernama @Iqhamono pada petang itu, pelawak itu sudah mengancam untuk mencederakan wanita itu! Kita boleh lihat siapakah yang melenting? Ini bukan soal provokasi tetapi seharusnya kita lihat siapa yang melenting tak tentu pasal ni?," katanya.

Hazrey berkata Mamat Sepah jelas tidak memahami konsep blog di mana apa yang ditulisnya tidak mewakili mana-mana syarikat mahupun agensi. 

"Saya tak perlu publisiti pun seperti dia yang mendambakan publisiti malah di blog saya pun tiada foto saya. Saya nak publisiti buat apa? Dia perlu faham, konsep 'one man's word against the world'. 

"Cuba kita perhatikan, kenapa perlu saya bergaduh dengan dia? Dia siapa? Saya pun pertama kali dengar nama dia. Apa hasilnya saya bergaduh dengan dia? Apa keuntungan saya bergaduh dengan dia? Tiada," katanya tegas. - Gua.com