Thursday 30 August 2012

CERITA BENAR..AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT...OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI


Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau." 
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.
Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan
dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal."Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka. 

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada
saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.

Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.

Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. 

Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.

Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. 

Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham
menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar
kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut
datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. 

Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.

Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz." 
Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin. 

Wassalam.


Ibadat Yang Tidak Sempurna

Ibnu Abbas mengatakan, ada 3 ayat di dalam al-Quran yang berpasangan di antara satu dengan yang lainnya.Tanpa ada pasangannya, maka akan cacatlah (tidak sempurna) ibadat seseorang itu.

1) Firman Allah, Taatlah Allah dan taatlah Rasulullah. Maka barangsiapa taat Allah sahaja, tidak taat kepada Rasul, maka tidak akan diterima amalannya.

2) Firman Allah, Dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Maka barangsiapa yang solat sahaja, tetapi tidak berzakat maka ibadatnya tidak akan diterima.

3) Firman Allah, Hendaklah bersyukur kepada Ku, dan kepada kedua ibu-bapa mu. Maka barangsiapa bersyukur kepada Allah dan tidak bersyukur kepada kedua ibubapanya, nescaya tidak diterima amalan dan ibadahnya. Dan kerana inilah Nabi saw bersabda, Redha Allah pada redha kedua ibu-bapanya, dan kemurkaan Allah pada kemurkaan kedua ibu bapanya..

Wallahu a'lam..

Monday 27 August 2012

Beraksi Lucah!!! Marsha Milan Londoh Mohon Maaf!!!



SEJURUS reda kontroversi kononnya berkahwin secara rahsia di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ternyata hanya gimik mengarut, bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh atau Marsha, 25, mencetuskan kontroversi terbaru apabila dia tampil bergaya seksi melampau menerusi muka depan sebuah majalah gaya hidup dan hiburan, sekali gus beliau menerima kecaman hebat daripada orang ramai sehingga menjadi perdebatan dalam laman sesawang atau blog hiburan. 

Sekalipun Marsha sudah acap kali dilabel gemar memberikan pose ‘berani mati’ sebelum ini, namun kemunculan beberapa foto panasnya menerusi majalah berkenaan dianggap keterlaluan sehingga ada tuduhan menyamakan aksi seksi pelakon dan penyanyi itu persis bintang pornografi! 

Sekalipun Marsha bukan beragama Islam dan tidak menjadi kesalahan kepadanya memberikan aksi seumpama itu, namun kebanyakan peminatnya membabitkan orang Melayu beragama Islam termasuk kanak-kanak, justeru kerelaannya memberikan pose ghairah melampau seperti itu dianggap tidak menghormati nilai budaya Timur dan kesopanan, selain mengenepikan faktor sensitiviti yang selama ini harus dipelihara agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. 

Selain itu, ruangan pojok Gayah Gebu terbitan Metro Ahad 24 Julai lalu turut memaparkan perihal seorang artis yang muncul dengan pose panas menerusi majalah berkenaan. Mengambil judul ‘Gaya seksi bagai artis Hollywood’ mendakwa seorang artis wanita bintang AF3 beraksi berani dengan beberapa adegan mengghairahkan di sebuah majalah.

Antara lain artikel berkenaan mendedahkan artis wanita bintang AF3 berpakaian mencolok mata tampil dengan beberapa pose panas melampau di sebuah majalah. Gaya artis itu berposing mengalahkan bintang dari Barat, sekali gus menyamakan aksi itu persis Maria Ozawa iaitu bintang terkenal pornografi yang mencipta nama di Jepun dan Amerika Syarikat! 

Sekalipun artikel berkenaan tidak menyebut sebarang nama, ramai meneka tepat, artis wanita bintang AF3 itu ialah Marsha.
Rabu lalu, penulis berjaya menghubungi Marsha untuk memperoleh komen daripadanya. 

“Saya sudah membaca artikel berkenaan, saya mengaku, ia ditujukan kepada saya. Sebenarnya saya malu apabila aksi saya dalam majalah berkenaan disamakan dengan Maria Ozawa…,” kata Marsha pada awal perbualan tanpa berselindung. 

Jelasnya, ketika fotografi diadakan, dia berpeluang melihat semua gambar yang dirakam dan baginya tak ada apa-apapun yang melampau, biasa saja. Namun, apabila foto berkenaan melalui proses ‘cropping’ dan disiarkan, Marsha mendakwa gambar berkenaan kelihatan amat lucah! 

“Ada lagi baju yang lebih seksi, tapi hanya baju itu saja yang elok dan saya selesa mengenakannya. Apabila saya lihat gambar itu di skrin komputer, gambar yang dirakam itu diambil dari sudut long shot, tapi apabila foto berkenaan dicrop dan dilihat secara close-up, saya terkejut apabila ia kelihatan begitu lucah! Alamak, apa hal! Salah saya juga apabila tidak bertanya terlebih dulu, gambar mana yang nak disiarkan. 

“Kini, apabila majalah berkenaan berada di pasaran, orang melihat gambar itu, saya menjadi mangsa kritikan dan kutukan. Mereka mendakwa, aksi seksi itu keterlaluan, sekali gus saya dikatakan tidak menjaga sensitiviti orang Melayu-Islam yang rata-ratanya adalah peminat saya. 

“Disebabkan itu, dalam kesempatan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung apabila melihat pose yang dianggap keterlaluan itu. 

“Saya sedar, apabila menjadi artis, sekalipun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, ada saja pihak yang membenci, tapi apabila berlakunya perkara seumpama ini, memberi lebih peluang kepada mereka untuk lebih membenci kita. Saya tak mampu berbuat apa-apa lagi, melainkan permohonan maaf yang saya harap boleh memberi ruang kepada saya memperbaiki kesilapan,” katanya dalam nada kesal. 

Katanya lagi, sebagai manusia, dirinya sering melakukan kesilapan. Marsha mengaku, dirinya tidak sempurna dan melakukan banyak perkara yang tidak disenangi tanpa sedar. 

Apabila berasakan dirinya bukan beragama Islam, Marsha bebas berbuat apa saja apabila memikirkan perkara itu tidak menjadi satu kesalahan baginya, justeru adakah kerana faktor itu, dia tanpa berfikir panjang rela dan berani memberikan aksi ghairah seumpama itu? 

Jelasnya, dia tidak pernah berfikir ke arah itu kerana apa saja pakaian yang digayakan perlu selesa, jadi asal saja pakaian yang dikenakan tidak kelihatan dirinya bogel, dia tidak keberatan menggayakannya. 

“Sekalipun saya Kristian, tidak bermakna saya sewenang-wenangnya boleh berbuat apa saja, tak pernah terfikir begitupun. Lagipun, saya berkawan dengan ramai orang Islam. Terus-terang, apabila menjayakan fotografi berkenaan, saya tak sangka hasilnya boleh jadi seperti hari ini. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya. 

“Bagi saya, semua agama, termasuk Islam mahupun Kristian, mempunyai moraliti. Jadi, tidak bermakna, apabila saya beragama Kristian, hanya terbayang perkara yang negatif semata-mata. Semua agama mendidik supaya melakukan perkara yang baik. Tapi, apabila pose saya berikan kepada majalah berkenaan dianggap keterlaluan, itu yang sebenarnya mengundang ketidakselesaan kepada orang ramai,” katanya penuh kesal.

Tauke Ceraikan Isteri Ketiga Selepas 4 Bulan Bernikah!!!




Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan kepada pihak Sinar Harian, bahawa dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya Meera, 23, pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tauke,“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu.”

Tauke turut mengaku bahawa, rumah tangganya sebelum ini memang dilanda krisis agak besar dan pada bulan Julai yang lalu, bekas isterinya telah keluar dengan membawa semua pakaiannya.

Untuk makluman, Meera merupakan perkahwinan ketiga Tauke. Hasil perkahwinan pertama dan kedua sebelum ini, Tauke memiliki enam orang cahaya mata.

Tauke dan Meera dikatakan telah berkahwin pada bulan April yang lalu di Thailand.

Akhirnya Norish Karman Mengaku Status Bayi Yang Di Lahirkan



“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di’internet, saya lega,” ujar Norish Karman.

Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung Norish Karman.

Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Norish Karman meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas”

Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”

Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.

“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman. - RotiKaya
 

Thursday 9 August 2012

Hijrah Nurul Syuhada ...10 Ramadan terakhir....


Sekejap masa berlalu dan Ramadan hampir ke 
penghujungnya.....

Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadan......
terdetik di hati adakah ini Ramadan terakhir kita.....

Apakah kita sudah bersedia untuk menghadap 
Sang Pencipta......

Sekadar ingatan bersama dan juga buat
diri sendiri....... 

Sepuluh Ramadan ini juga antara hari yang bakal
berlakunya Lailatul qadar, justeru umat Islam 
sememang digalakkan lebih beribadat, berzikir, 
bertasbih mendekatkan diri padaNYA.

AlQuran juga menyebutkan: "Lailatul qadar, adalah 
malam lebih baik dari seribu bulan." 

Rasullullah swt berpesan: 
"Carilah lailatul, terutama pada malam-malam ganjil 
pada sepuluh terakhir Ramadhan".


Justeru sama samalah kita terus mendekatkan diri
padaNYA.
Alhamdulillah, sepuluh hari terakhir ini mencipta
catatan sejarah tersendiri buat pengacara
Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain.

Semalam dia telah memakai tudung dengan rasminya,
namun saya tidak bertembung dengan Nurul kerana
sibuk dengan tugasan masing masing.
Bertambah manis wajah Nurul.....

Pagi ini dia mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini
(MHI) dengan penampilan baru.

Niatnya untuk bertudung memang telah dipasang
sekian lama, sesungguhnya Allah lebih mengetahui 
apa yang terbaik untuk umatNYA........


Bertambah manis dan ayu, wajah Nurul bertudung...

Bagi yang tidak sempat menonton hijrah terbaru Nurul
pagi tadi, insyaAllah esok pagi dia mengacarakan MHI
lagi.........
Syukur Alhamdulillah.......

Saturday 4 August 2012

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berke

naan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.
Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.
Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.
Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.
Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Sunday 29 July 2012

Bienda,Sheeda Dangdut,Epie Temerloh Serta Papa J Mulai Berniaga di Downtown Cheras.

Kepada semua peminat2 serta rakan2 facebook,twitter mahupun pengikut2 setia kumpulansolehah.blogspot.com boleh ler datang beramai2 ke lorong kedua bersebelahan surau di downtown cheras bandar tun razak mulai hari ini...untuk sama2 menyokong artis tempatan...dari tudung,pakaian kanak2,aksesori wanita hinggalah juadah makanan antaranya pelbagai jenis kek2..


Tk mahal tapi murah serta amat berpatutan sesangat2nya...Bienda seperti biasa menjual koleksi2 tudung Bienda,sheeda dgn pakaian kanak2 dan dewasa,epie temerloh dgn aksesori kanak2 dan wanita manakala papa j menjual pelbagai jenis kek2 yg menarik...jgn lupa kita serbu downtown cheras di bandar tun razak ok...JUMPA ANDA DISANA....
                                                            koleksi tudung2 BIENDA




                                                           booth milik Sheeda Dangdut

                                                         



booth milik EpiE Temerloh


                                 kebetulan birthday EpiE...jadi sama2 ler meraikannya...