Yang Baik Hanya Dari ALLAH , Yang Jahil Hanya Dari Kami Serta Kita Yang Bergelar HambaNYA
Wednesday, 18 April 2012
mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah padahal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah padahal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Mungkinkah doa kita tidak diterima atas sebab-sebab di atas. Mari sama-sama muhasabah diri, iman kita dan amal kita. Semoga Allah terus melayan doa-doa kita selepas ini. InsyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment