
Cinta Allah Cinta Rasulullah..
Terkenang pengorbananmu duhai kekasih Allah..
Simpul rindu tersemat jernih..
Biar tak pernah bertentang mata..
Dalam selawat ku sulam kasih..
Buatmu Rasul sepanjang masa..
Diriwayatkan daripada Imam al-‘Arif Ibn al-Maliq daripada Imam al-‘Arif Yaqut al-‘Arshi رحمالله daripada Qutb al-‘Arif Abu al-‘Abbas al-Mursi daripada gurunya Abu Hasan ‘Ali al-Shazuli رحمالله daripada Ibn Hirzihim yang masyhur dengan gelaran Ibn Harazim:
Beliau mengkhabarkan kepada muridnya, bahawa beliau berperasaan buruk sangka terhadap Imam al-Ghazālī رحمالله dan mencela penulisannya yang bertajuk Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn serta berhasrat untuk mengumpulkan segala naskahIhyā’ ‘Ulūm al-Dīn dan membakarnya. Kemudian beliau bermimpi melihat Imam al-Ghazālī رحمالله mengajaknya bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Kemudian beliau berjalan bersama Imam al-Ghazālī رحمالله dan apabila sampai di hadapan Nabi صلى الله عليه وسلم didapati Baginda صلى الله عليه وسلم bersama dua orang sahabatnya iaitu Sayyiduna Abu Bakar رضي الله عنه dan Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنه
Maka Imam al-Ghazālī رحمالله berkata;
“Wahai Rasulullah! Orang ini menyangka aku mengatakan sesuatu yang tidak kamu katakan. Sekiranya benar sangkaannya itu, maka aku bertaubat kepada Allah عز وجل, dan sekiranya kitab tersebut adalah benar padamu, maka ini adalah daripada keberkatanmu dan berikanlah hakku di atas tuduhan orang ini.”
Kemudian Imam al-Ghazālī رحمالله berdiri di hadapan Nabi صلي الله علي وسلم dan menyerahkan kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn kepada Nabi صلى الله عليه وسلم . Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم membacanya sehelai demi sehelai sehingga selesai, lalu berkata:
“Demi Allah! Sesungguhnya kitab ini amat baik.”
Kemudian diberikannya kepada Sayyiduna Abu Bakar رضي الله عنه lalu dibacanya dan berkata;
“Demi Allah عز وجل yang membangkitkanmu sebagai sebenar-benar Nabi, wahai Rasulullah! Sesungguhnya kitab ini amat baik.”
Seterusnya diberikannya kepada Sayyiduna ‘Umar رضي الله عنه dan dia berkata seperti yang dikatakan oleh Sayyiduna Abu Bakar رضي الله عنه
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruh menanggalkan kain orang tersebut untuk dihukum atas tuduhannya. Setelah ditanggalkan kainnya, maka dia pun disebat. Setelah disebat sebanyak lima kali dengan cemeti, Sayyiduna Abu Bakar رضي الله عن menshafa‘atkannya dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dia melakukan sedemikian kerana berijtihad dan membesarkan Sunnahmu.”
Maka Imam al-Ghazālī رحمالله pun memaafkannya.
Setelah terjaga, beliau memberitahu mimpi itu kepada anak muridnya. Selama 25 hari, beliau terlantar sakit kerana sebatan tersebut. Setelah itu, beliau bermimpi melihat Nabi صلى الله عليه وسلم menyapu dengan tangannya yang mulia lagi berkat ke atas badannya.
Beliau berkata, “Aku bertaubat setelah aku disebat.”
Abu Hasan al-Shazuli رحمالله menyatakan, setelah beliau meninggal dunia, kesan sebatan itu masih kelihatan di jasadnya.
(Rujuk Minhaj al-‘Abidin m.s. 3 dan Ittihaf al-Sa‘adah al-Muttaqin bi Sharh Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn oleh Sayyid Muhammad Ibn Muhammad al-Zabidi m.s. 38).

Susunan kitab Melihat Nabi صلى الله عليه وسلم dan 100 Kaedahnyakarangan murabbi tersayang;
Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki, ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan.
Pertemuan dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم bukanlah perkara kecil, malah ia dalah perkara yang besar dan tinggi nilainya.Ini kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah kekasih Allah عز وجل . Benarkah kita boleh melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم ..? Bagaimanakah kaedahnya..? Dari buku ini, ada tips dan kaedah bagaimana untuk kita melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan juga pengalaman-pengalaman mereka yang lain yang pernah melaluinya. Ana amat mengesyorkan teman-teman sekalian untuk memiliki buku ini. Sila PM ana buat yang berminat bagi mendapatkan buku ini. Tiap kali ana melalui halaman-halaman pada kitab ini, tak tertahan air mata ini bergenang dek terlalu rindunya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.. Sila klik kongsi untuk tatapan bersama teman-teman antum sekalian dan mudah-mudahan bermanfaat.
Sekali lagi.. Daku Jatuh Cinta Padamu Ya Rasulullah.. Dan Akan Terus Menyintaimu..
-Kekanda Azri-
No comments:
Post a Comment