Tuesday, 22 February 2011

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut



air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS 
membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah 
laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran 
dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis 
Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional 
di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan 
hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah
laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa 
baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan
tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

"Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami 
selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan 
pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan 
(QS 2:50).Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi 
laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, 
Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); 
hingga bila Fir’aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah 
dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan 
Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk 
orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS 10:90).
Dan Sesungguhnya Telah kami wahyukan kepada Musa: 
“Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di 
malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering 
dilaut itu[933], kamu tak usah khawatir akan tersusul dan 
tidak usah takut (akan tenggelam)”. (QS 20:77) Maka Fir’aun 
dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup 
oleh laut yang menenggelamkan mereka. (QS 20:78)Lalu kami 
wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan
tongkatmu”.

Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah
seperti gunung yang besar. "(QS 26:63)

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno 
Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada 
sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan 
Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan 
Sungai Nil.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan 
darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus 
selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir
ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal 
Public Library of Science ONE

No comments:

Post a Comment