Thursday 10 May 2012

tiada guna harta ..tahta..isteri...anak..kemewahan kalau dahi tk mencecah sejadah di dunia...

 
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu di mandikan,
berwudhulah kamu sebelum kamu di wudhukan
dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan....


tutuplah auratmu sebelum auratmu di tutupkan
dengan kain kapan yang serba putih,
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun orang yang hadir itu merintih...


selepas itu kamu akan di letakkan di atas lantai
lalu di laksanakan solat jenazah..
dgn empat kali takbir dgn satu berserta al fatehah
selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan farhdu kifayah
tapi apakah empat kali takbir dapat menebus segala dosa meninggalkan solat selama hayat di dunia....


apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput...???
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian justeru ku menyeru
muslimin dan muslimat...
Usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu di usung ke liang lahat menjadi makanan cacing dan juga ulat


iringlah dirimu ke masjid sebelum dirimu di iringi ke pusara
tangisilah dosa dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna...di alam baqa...
sucikanlah dirimu sebelum kamu di sucikan


sedarlah kamu sebelum kamu di sedarkan
dengan panggilan izrail...
yang menakutkan....berimanlah kamu sebelum kamu di talkinkan
keran ia berguna untuk yang tinggal...bukan yang pergi


beristigfarlah kamu sebelum kamu di di istigfarkan
namun ketika itu istigfar tidak dapat menyelamatkan dirimu
ingatlah di mana saja kamu berada...kamu tetap memijak di bumi tuhan
dan di bumbungi langit tuhan serta menikmati rezeki tuhan....




justeru itu bila dia menyeru sambutlah seruan itu
sebelum dia menyerumu buat kali terakhir
marilah kita sambut seruan 'HAYYA A'LAS SOLAAH" dengan penuh rela dan ikhlas
sambutlah seruan " HAYYA ALAS FALAH "
jalan kemenangan akhirat dan dunia




ingatlah yg kekal adalah amal ...yg bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan..
guna kembali di pangkuan tuhan pada hari itu tiada guna harta ..tahta..kad kredit..isteri...anak..kereta..kemewahan
kalau dahi tk mencecah sejadah di dunia...

No comments:

Post a Comment