Friday 27 July 2012

ADAKAH ARTIS2 SELAMA INI MAKAN REZEKI HARAM???



Kalau baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Artis kita yang Pening ni, memang itulah yang cuba nak disampaikan. Semua artis yang ada sekarang ni, tak ikut syariat Islam.

Kalau macam tu, semua artis yang masih dapat 'job' hari ini semuanya kafir belaka la ye. Semuanya dapat kerja tak halal sebab tak ikut PAS.

Orang macam dia je yang dapat Pahala. Dulu masa nama dia tengah naik, masa dia tengah meletup dalam drama - drama kat Televisyen tu menda kejadahnya?

Nak kira macam mana rezeki dia masa tu? Halal jugak ke? Ke kira haram jugak? Kalau sebelum ini, dia boleh dapat job melimpah ruah, tak pulak masa tu dia masuk PAS.

Jadi, kenapa pulak bila dia dah masuk PAS baru dia sedar yang dia susah nak dapat job? Adakah sebab dia sendiri tak bersyukur dengan rezeki dia dapat sebelum ini?

Tambah dia lagi, artis yang berhijrah macam dia ni susah nak dapat job dalam bidang seni kreatif. Habis, yang artis lain tu semua tak kretif la ye? Tak de seni? Itu maksud dia?

Kenapa pulak dia rasa susah nak dapat kerja sedangkan orang lain ok je. Tak de pulak dapat masalah dalam mencari rezeki masing - masing.

Kalau tengok artis - artis yang dah mula berubah pakai tudung pun masih bersepah - sepah dapat tawaran berlakon drama dan filem. Kenapa dia je yang tak dapat kerja?

Tak pernah pulak dia fikir pasal semua tu ye tak. Yang dia fikir diri dia je. Lagi pun, dia masuk PAS bukan sebab nak perjuangkan Islam. 

Tapi setakat nak bercerita pasal masalah diri dia je!!! Itu je alasan yang dia bagi sebelum ni. Jadi, nak jadi pejuang Islam menda jadahnya kalau macam tu!!!
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Abby Abadi berkata artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah.
“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari & berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.
“Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ia’nya kenyataan.”
Abby Abadi menambah dengan hanya PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara, barulah Malaysia mempunyai kerajaan berlandaskan ajaran al-Quran dan industri yang mengikut garis panduan syariah atau ‘halal’.

No comments:

Post a Comment