Friday 27 July 2012

Lagi Pengiat Seni Mempertikaikan Kenyataan Abby???



Betul tak apa yang Semut tulis tadi. Memang sakit Si Minah ni sebenarnya. Dia baru sangat masuk PAS, tapi berlagak macam dia belajar agama bertahun - tahun.

Itu pasal la dia kena balun dek artis lain ni. Kena ingat ye, diantara artis yang bagi komen ni ada yang merupakan penggiat aktif Reformasi. Bukannya diorang sokong Kerajaan sangat!!! Jadi, dalam erti kata lainnya, sahabat sesama parti jugak yang balun minah ni!!!
Pelakon dan penyajak terkenal, Pyanhabib Rahman hari ini membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, kerja seniman atau artis adalah berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.

Pyanhabib yang membintangi filem ‘Kembara Seniman Jalanan’ arahan Nasir Jani pada tahun 1980an itu juga menyoal jika PAS tidak memenangi pilihan raya umum (PRU) 13, apakah Abby akan menunggu sehingga pilihan raya seterusnya.

“Kerja seniman adalah berkarya. Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya.

“Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?” kata Pyanhabib kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider semalam, Abby Abadi berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alihtampuk pemerintahan negara.

Sementara itu, penyanyi Folk Meor Yusof Aziddin merasakan bahawa Abby Abadi sedang berada dalam keadaan ‘culture shock’ atau kejutan budaya kerana baru beralih arah.

“Abby ini bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.

“Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru.

“Itu bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua. PAS sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu berhijrah ke mana-mana pun kalau setakat nak jadi seorang yang Islamik,” kata Meor.

Tambah penyanyi Folk yang telah menerbitkan sepuluh buah album secara independen itu, kenyataan Abby memperlihatkan yang pelakon tersebut masih lagi dalam keadaan belum matang.
Ps: Hakikatnya, bukan nak buatkan Si Minah tu bertambah popular. Cuma nak menunjukkan betapa ujubnya orang PAS bila masuk parti tersebut.

Realitinya, semua yang masuk parti tu semuanya akan jadi bongkak, sombong dan bangga diri. Terasa diri lebih pandai dari orang lain. Adakah itu tuntutan dalam Islam? Korang fikir la sendiri!!! 

No comments:

Post a Comment